NADI MAHIR Foto sesi 1 – Content Creation
7 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 06 Mac 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto sesi 1 – Content Creation. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 09:30 pagi sehingga pukul 11:30 pagi. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, guru MAHIR menerangkan maksud content creation. Seterusnya, guru MAHIR menerangkan mengenai bentuk content creation iaitu foto, video, artikel atau blog, podcast, design grafik dan infografik. Selain itu, guru MAHIR menerangkan jenis-jenis content creation. Akhir sekali, guru MAHIR menerangkan mengenai tujuan content creation iaitu education, hiburan, marketing dan branding dan engagement.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran fotografi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: